Feb 5, 2010

Purplelicious

1 comments


Entah la sejak dua menjak tiga menjak ni aku gila kaler purple a.k.a ungu. Bukan kumpulan ungu tu. Tu penyanyi indon. Warna ungu. Bila tengok balik wardrobe aku baru perasan ada 6 helai baju keja aku kaler purple.  Boxer purple. Baju melayu purple. Kain pelikat purple. Towel Aussino pun purple gak. Perlu ke aku sebut Aussino? Hahaha.

Kemeja purple

 Boxer purple


Baju melayu & kain pelikat purple


Towel purple

Adakah aku akan bertukar menjadi ungu pasni? hijau = incredible hulk. kalau ungu?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

jadi Tinky Winky la. haha.

Feb 3, 2010

Wedding

2 comments
Lamanya tak update blog. Bila dah ada aduan kena la ada tindakan. Aduan pe jadah lak. Aduan sebab tak update blog. Hahaha. Sorry la wahai pembaca setia blog aku. Takde hupdate sekian lama.

Ok. Kat sini aku nak cerita pasal last week aku p kenduri kawen Dayah. Dayah adalah classmate aku masa degree & master. Tudia. Sekelas 3 ½ tahun (degree) & 1 ½ tahun (master).  Sampai naik bosan la aku tengok muka dia kat kelas. Hahaha.


Pengantin bersanding atas pelamin. Tema pink. Her feveret kaler. Huh.


Ratu kebaya mana lak ni? Hehehe

Ex-classmate & polimate. 

So masa kat kenduri tu sempat la jumpa Darwisy B. Danial (Darwisy = Yang Warak). Anak lelaki kepada roomate & classmate kat UTeM dulu. Gila comel budak kecik ni. Rambut blonde. Mata kelabu. Geram aku tengok. Time aku dukung elok je dia tidur dengan nyenyaknya. 


Darwisy Danial yang nak lelap di pangkuan Uncle Zafir. :p

Walaupun aku sampai kol 12.30 & pulang kol 2.30 tapi haram aku tak jumpa any BITDians except Danial. Yang lain sampai kol brapa tah. Diorang cakap diorang sampai lewat. Haish. Tak dapat nak jumpa. Papepun tahniah wat Dayah & Ariff.  Moga bahagia hingga ke anak cucu. Dapatkan baby cute cam Darwisy. Hehe.

Ahadnya pulak aku berhuga-huga (huga² = berjalan² dalam bahasa papua new guinea.. yolah tu) dengan si Boy. Boy mesej aku dipagi hari. Bosan katanya duduk umah. Aku pun dengan tak berapa konfidennya drive la p umah dia kat Taman Melawati tu. Gerak dari Rawang dan ingatkan sambutan Thaipusam dah abis. Rupanya jem lagi kat Batu Caves. Sampai umah Boy terus gerak nak p Mid Valley.. Tapi haram parking takde. Jem gila lak tu. Plan B adalah p Ikea. Baru aku tau best giler Ikea tu. 1st time aku jejak kaki kat Ikea. Layan tul makan meatballs Ikea. Thanks Boy sebab jadi tour guide & tukang angkat barang. Hehehe. Pasni leh p Ikea lagi sebab dah ada kereta & da tau jalan. Muahaha. 


sedap

p/s: jumpa Juliana Evans & Bunkface kat Ikea. Gila cun si Jue ni. Rugi lak tak tangkap gambar. Segan sebab balak dia ada.  Haish. 

Jan 10, 2010

Braces

2 comments
New year new look. Podah cit. Apa yang new pun tatau. Sebenarnya aku baru pasang pendakap gigi. Omputih says "Braces".  Mesti ramai yang hairan apa masalah gigi aku sampaikan aku pakai braces. Jongos ke aku ni? hehe. Aku bukanlah Abg Jo. Gigi aku ok je sebenarnya. Cuma gigi bawah aku tak sama. Berlapis. Jadinya gigi atas pun dah senget sikit.  Tapi tak serius pun cuma aku yang gedix sebab tengok cam best & cool je bila pakai. Once dah pakai rasa menyesal lak. Sebab terseksa zahir batin. Haish. Baru 2 hari pakai menda alah ni. Baru nak biasakan diri. Orang cakap dah lama ok la tu.


3 batang gigi yang menjadi korban. Cantik tak bekas simpan gigi? haha.

Buat masa ni aku masih cuba membiasakan diri. Sekarang jadi cam ular sawa. Makan tak kunyah terus telan. Tadi lunch pun wat chicken cream with mushroom. Camne nak kunyah bila nak gigit je rasa ngilu. Besi bergesel. Aduhai.

Sebenarnya dah lama gila aku nak pakai braces. Since aku kenal si Wong. Bestpren aku masa belajar kat PSP. Si wong ni memang bergigi besi. Tapi dia pakai time sekolah. Free la. Nyesal lak tatau yang time sekolah memang free. Ke kena bayar RM500 je kot. So aku wat kat private clinic. Time nak daftar akak kaunter tanya keja kat mana? aku cakap la poli. dia kata memang ramai staf poli aku wat kat situ. huhu. leh wat kelab la kiranya. Setiap department ada lecturer gigi besi. muahaha. best².

Rasional aku pakai braces adalah gigi aku tak cantik dan aku sentiasa berjumpa orang.  Jumpa orang dan bercakap. Dah memang keja aku bercakap dengan orang kan. So kena la cantik, lawa, kacak bergaya. hehe. Doktor cakap 2 tahun je pakai benda ni. Ala kejap je 2 tahun tu.

Farewell

0 comments
Sedihnya. 3 orang staf jabatan aku akan berpindah ke poli lain. Sob sob. Haish. Kurang lagi staf kat jabatan aku.

Puan Natrah yang pindah ke Poli Dungun. Hubby dia kat sana.



En. Khairi yang pindah ke Poli PD. Nak dekat ngan anak² yang kat putrajaya.



Puan Wahidah @ Wawa. Pindah ke Polisas Pahang. Hubby kat sana.

Paling tak best dah tinggal 2 orang je lecturer lelaki. Aku & Zaharizan je. Haish. En. Khairi @ Mat Yi adalah pegawai aset jabatan. Jadinya bila dia balik dari stor, barang² akan diagihkan kepada staf lelaki dulu baru bagi kat staf pompuan. Pasni takde dah la. Haish.  Wawa lak penyelaras B1003 (Aplikasi Komputer).  Dia rajin wat slide show. Aku amik dia punya je. Pasni kena wat sendiri la. Haish.

Cam biasa kalau farewell mesti la ada farewell party.  Lokasi yang dipilih ialah Pantai BNO.  Ni kira ala² annual dinner. Tapi wat time lunch. Haha. Manade hotel kat cni. Ni je tempat makan yang grand.








The famous nasi goreng udang. Selak udang baru nampak nasi. Same goes to Mi Udang. Selak udang baru nampak mi. Hehe.


Last monday dah masuk staf baru. Kak Huda. Rupanya dia swap ngan Natrah.  Kak Huda dari poli dungun & dia adalah senior aku kat UTeM.  1st batch. Siap suruh jangan bocor rahsia kitorang belajar kat rumah kedai. hehehe. ;p


Jan 9, 2010

Aktiviti bila student takde

1 comments
Minggu depan student dah masuk. Adoi. Tak best. Dah tak leh wat aktiviti² yang best. Apa aktiviti pensyarah² di tempat keja aku bila student takde? Termasuklah aku.

1.  Main facebook. Dari pukul 8-5 tu la kejanya. Sorang post comment pastu berjela² yang mengomen. huhu. Terima kasih En. Yas sebab dah tak block FB. Kalau boleh unblock la sampai bila² pun. hehehe.



2.  Lepak kat Tanah Lesen @ Bakso.  Disebabkan kafe hanya bukak 1 gerai & sentiasa dipenuhi oleh staf, jadinya pilihan kedua adalah bekpes or lunch kat luar iaitu Tanah Lesen ataupun kat Bakso.  Kalau agak boring leh drive ke Sungai Besar. Lagi extreme pegi Teluk Intan makan McD. muahaha.

3.  Berenang di swimming pool Jabatan Hospitaliti. Tapi ni bukan opis hour la. Ko nak bagi pengarah mengamuk. Pas opis hour la. Mata dah merah baru masing² nak balik umah. hehe.




muka aku tak nampak sebab orang row depan melompat dengan excitednya.

4.  Bagi yang rajin cam aku (aku rajin ke?) akan membuat nota, update soalan² kuiz & ujian. Kiranya persediaan untuk mengajar sem depan. Tak lupa jugak yang sibuk dengan kualiti, jadual, MQA dan lain keja² pentadbiran.



Tu lah aktiviti lecturer kat sini bila takde student.  Ini akibat kementerian tak mau bagi cuti cam cikgu sekolah yang cuti bila sekolah cuti. Kununnya nak wat stail U la. Aku pun tak paham apa rasionalnya. Takpe la. Layan je. Semester ni aku dilantik sebagai AJK jadual waktu jabatan. Haish. Bos aku asik suruh study software Timetabler. Nak implement kat sini. haish. tapi aku haram tak usik lagi. hehehe. wat manual sudah. 

Jan 5, 2010

Aktiviti Bila Cuti

2 comments

Yeah. Sempena cuti Xmas & New Year last week, aku lepak kat Rawang umah kakak aku. Sebabnya semua famili member aku kat sana. Jadinya apa aktiviti kitorang. Sila scroll ke bawah untuk menatap aktiviti aku bila cuti.


Sepasang kasut Nike buat anak sedara @ cucu sulung mak aku yang dapat 6A PMR. Paksu adiahkan kasut.


Jalan² kat KLCC. 2 lelaki botak tu ialah abg & abang ipar aku.




Jalan² kat Petrosains. Fuh. Penat woo.



Shopping @ MV


Cycling ke Bukit Fraser. Ada gaya M.Kumaresan tak?


Ni la budak yang dapat 6A tu. Kacak cam paksu dia tak? ;p

Jan 4, 2010

Post pertama untuk 2010

2 comments
Assalamualaikum. Setelah sekian lama hilang di arena blogging ni, CD kembali beraksi. Ayat poyo nak mampos. Maaf la kalau lama tak update. Tapi sebelum tu, CD nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010.

Sebenarnya CD agak paranoid dengan dunia blogging. I'm starting blogging since 2007 and today already 2010. Almost 3 years. Dari blogspot berhijrah ke domain sendiri chaindoll.com. Banyak cerita tentang diri CD dalam blog CD yang tah hapa² ni. Kadang² post & entry yang CD cerita dalam blog ni 'makan diri' sendiri. Kadang² rasa cam nak tutup je blog ni tapi cam sayang lak. Itulah risiko yang perlu dihadapi oleh seorang blogger. Kalau korang perasan CD dah delete entry² lepas. Bukannya apa, sebab takut entry² yang lepas tu boleh menimbulkan kontroversi. Blog CD ni ada silent readers and mostly kawan² rapat CD yang baca. Takpe la. Hentam sajalah labu. haha. What is past is past. Now already 2010. Sekejap je masa berlalu. Sekarang ni mari kita recap apa yang terjadi kat CD sepanjang 2009.

Banyak perkara yang berlaku pada CD sepanjang 2009. Antaranya CD bergelar seorang pendidik. Alhamdulillah, dapat posting pun dalam semenanjung ja. Kat tempat kerja ni gak la CD dapat ramai kawan baru. Happening. Macam² ragam. Tahun 2009 gak ramai kawan² CD yang telah selamat diijabkabulkan. Maka ramailah yang dapat cahaya mata. Yang belum dapat tu cuba lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki dapat la tu.

2009 gak buat pertama kalinya CD lulus untuk subjek Projek Sarjana 1. Haish. Setelah 3 kali tukar penyelia, 4 kali tukar tajuk thesis, akhirnya lepas gak. Terima kasih banyak² kepada Hj. Sams (penyelia), Pn. Anizam (penyelaras), Dr. Razali & Dr. Ahmad (panel). Jadinya sekarang ni dalam proses menyiapkan Projek Sarjana 2. Baru je daftar 31 Disember lepas. InsyaAllah boleh siapkan tepat pada masanya. Agak mencabar rasanya sebab pegang 2 status. Pelajar sepenuh masa & pekerja sepenuh masa. Sama² la doakan supaya CD dapat buat yang terbaik. Amin.

Tahun 2010 lak bakal diwarnai dengan pelbagai program. Bercuti di Sabah pada pertengahan tahun. My 1st car pun InsyaAllah dapat tahun ni. Myvi putih je. Mula² memang la berangan nak pakai kereta import la kereta itu la ini la. Last² kira bajet, Myvi je yang mampu. haha. Khamis ni lak CD akan bergigi besi. hehe. Gatal pakai braces. Ada la sebabnya CD pakai braces. Sebab gigi tak cukup cantik la. Kalau dah cantik watpe pakai kan.

Ok la. Dah kol 12 lebih. Nak sambung chatting dengan Yamin & Amer. BFF. InsyaAllah ada masa CD akan update lagi. C ya.

Nov 22, 2009

Year End Sale & PIKOM PC FAIR

1 comments


Year End Sale or YES is back. 21st November 2009 - 3rd January 2010.. Fuh.. dugaan ni.. haha.. kuatkan iman.. kuatkan iman.. lama tul tak shopping.. lama ke? lama la gak.. tunggu bonus kerajaan bulan 12 ni.. dalam kepala otak tengah ligat memikirkan apa nak di beli.. kena list down ni.. kalau tak nanti for sure broke down.. shop till you drop.. naya nanti..



pastu next month PIKOM PC FAIR lak.. planning nak beli LCD Monitor.. aritu nak beli tapi tak terbeli pun.. or maybe i'll grab netbook for my self.. senang nak bawak p mana pun.. tapi kena tengok wallet dulu la.. haha.. kot nanti bulan 1 makan maggi hari²..

p/s: tengah mencari kat mana aku letak tabung aku.. sesapa ada jumpa tolong pulangkan.. terima kasih..

Kebakaran di PSIS.. 3 terkorban

1 comments

Mangsa yang terkorban

Sungai Lang, Sabak Bernam - 21 Novermber 2009.  Tiga orang pelajar Politeknik Sultan Idris Shah maut dalam sebuah kebakaran yang berlaku pada pagi tadi. 5 orang cedera parah manakala 15 lagi cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Punca kebakaran masih dalam siasatan.


Cedera parah

Hehe.. bukannya real pun.. Ini adalah latihan fire drill kat PSIS.  Latihan ini adalah dengan kerjasama pihak berkuasa seperti Bomba, Polis, Hospital dan lain². PSIS cuma jadi tempat untuk membuat latihan je pun.  Aku datang lambat ke lokasi kejadian.  Datang² tengok 'mayat' jelah. 'Mayat²' tu diorang amik student india. Senang nak mekap katanya. Jimat mekap kesan terbakar. Bukan aku yang kata, mekap artis tu yang cakap.  Tapi memang diorang 'mati' betul la. Keras je aku tengok. Tak bergerak. Bagus tul lakonan diorang.  Pastu pakcik polis tu bagitau aku.. "Cikgu salah pilih mangsa kebakaran la.. saya cakap pilih yang kecik molek je.. ni bagi yang besar gedabak.. penat kami angkat".. hehe.. sorry la pakcik polis.. saya tak terlibat pun.. hahaha..

Macam real

Latihan ni gak melibatkan agensi area Sabak Bernam. Jadinya Klinik Kesihatan Parit Baru pun terlibat la.. 1st time aku tengok M.A dia bersungguh wat keje.. kalau tak, time pegi klinik je cakap sakit ke demam ke.. temperature pun dia tak amik.. huh..


Ambulan membawa mangsa²

Disebabkan latihan ni tak guna api betul, guna fogging je.  Ada sorang student yang betul² lemas sebab fogging tu overdose diorang sembur. Ingatkan 1 mesin fogging ja.. sekali guna 6.. maunya tak berasap satu building tu.. bomba lak mula² kata nak sprinkle² je air.. main² je.. sekali diorang sembur cam api marak je.. abis air masuk dalam asrama.. sian budak².. basah la bilik korang.. tapi overall ok la.. at least kalau benda ni jadi betul takde la panik sangat.. learn from experience.. hehe..

Nov 20, 2009

Transformer

3 comments


Autobot.. Transform.. Apa kejadah lak Transformer ni? haha.. kalau korang pandai cuba la teka.. haaa.. betul.. pandai pun.. hehe.. aku terbeli spek Transformer ni.. haha.. sebenarnya aku cuma nak bubuh skru ja kat spek yang aku tengah pakai.. skru tercabut.. entah hilang mana tah.. jadinya aku pun p la kedai spek kat sungai besar untuk membaiki Encik Swatch aku.. pastu sementara apek tu mengskrukan spek aku, aku pun ushar² la spek.. wow.. transformer.. try pakai lak.. macam kacak.. dah iras Optimus Prime lak muka aku setelah pakai spek cap transformer.. haha.. apa lagi.. angkat satu laa.. lagipun encik swatch dah lama aku pakai.. apa salahnya tukar baru lak.. ni adalah cermin mata aku yang ke-5.. 1st Hugo Boss, 2nd cap apa tah, 3rd Levis, 4th Swatch, 5th Transformer.. hehe.. keluaran Hasbro..



rupa casing spek yang best


nampak tak logo kat pepenjuru spek?

p/s: balik Penang sure kena berleter ngan parent aku.. hehehe.. tadah telinga jelah..

My Profile

 

Turn Me Up Design by Insight © 2009